
Pada perjumpaan kali ini, GEiSTY menjalankan program yang agak santai untuk ahli2nya...
Kali ini kami semua meluangkan masa untuk menonton Filem "ALVIN and THE CHIPMUNKS" di Bilik Tayang Perpustakaan sekolah..
Sambutan terhadap filem ini boleh dikatakan okay jugaklah.....
Apa yang penting.....kami semua relaxxx.....
Sekali lagi GEiSTY mengambil kesempatan untuk berniaga pada hari kemuncak sukan SMSSI 2010. Kali ini setiap persatuan yang hendak berniaga dikehendaki membayar tapak sebanyak RM 30. Walaupun tiada sebarang keistimewaan diperoleh dengan bayaran tersebut dan terpaksa berniaga tanpa tempat berteduh kami tetap bersyukur kerana masih mampu mendapat keuntungan.
Meskipun kerjasama daripada ahli persatuan agak kurang kerana masing-masing mempunyai tugas khas dan ada yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan namun aktiviti ini tetap berjalan lancar.
Terima kasih kepada para ahli daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 kerana banyak membantu menjayakan jualan hari sukan tahun ini.
Keuntungan yang dicatatkan ialah sebanyak RM 50.