
Pada perjumpaan kali ini, GEiSTY menjalankan program yang agak santai untuk ahli2nya...
Kali ini kami semua meluangkan masa untuk menonton Filem "ALVIN and THE CHIPMUNKS" di Bilik Tayang Perpustakaan sekolah..
Sambutan terhadap filem ini boleh dikatakan okay jugaklah.....
Apa yang penting.....kami semua relaxxx.....
Sekali lagi GEiSTY mengambil kesempatan untuk berniaga pada hari kemuncak sukan SMSSI 2010. Kali ini setiap persatuan yang hendak berniaga dikehendaki membayar tapak sebanyak RM 30. Walaupun tiada sebarang keistimewaan diperoleh dengan bayaran tersebut dan terpaksa berniaga tanpa tempat berteduh kami tetap bersyukur kerana masih mampu mendapat keuntungan.
Meskipun kerjasama daripada ahli persatuan agak kurang kerana masing-masing mempunyai tugas khas dan ada yang terlibat dalam acara yang dipertandingkan namun aktiviti ini tetap berjalan lancar.
Terima kasih kepada para ahli daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 kerana banyak membantu menjayakan jualan hari sukan tahun ini.
Keuntungan yang dicatatkan ialah sebanyak RM 50.
Pada hari Khamis (11 Feb 2010) sekali lagi ahli persatuan GEiSTY yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 mengambil bahagian mengadakan jualan semasa berlangsungnya pertandingan sukan SMSSI sessi 2.
Namun begitu perniagaan dimulakan agak lambat kerana kekurangan kakitangan yang dapat membantu proses menyediakan bahan jualan di samping berlaku sedikit masalah yang tidak dapat di elakkan.
Aktiviti jualan hanya dimulakan pada jam 4 petang sedangkan sukan telah bermula pada jam 3.30 petang. Hal ini menyebabkan kami berasa bimbang.
Kali ini Persatuan GEiSTY menjual air:-
Teh Lipton Bunga
Sirap Rain
Tembikai
Modal = RM 33.00
Jualan = RM 59.00
Untung = RM 26.00Walaupun mula berniaga agak lewat tetapi semuanya
SOLD OUT.....
Pada hari Rabu (10 Feb 2010) Persatuan GEiSTY telah menerima 8 orang ahli baru dalam kalangan pelajar tingkatan satu dan empat. Perjumpaan pada hari tersebut telah digunakan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli baru kerana mereka merupakan warga baru SMSSI.
Di samping itu juga, para ahli persatuan GEiSTY turut mengambil kesempatan mengemas dan membersihkan bilik GEiSTY agar kelihatan lebih menarik dan kemas. Bilik ini digunakan untuk P&P bagi subjek Geografi dan Sejarah.
Guru pembimbing yang hadir ialah Cik Siti Asmah.
Pada hari ini persatuan GEiSTY telah mengadakan jualan sempena hari sukan sessi 1. Ahli persatuan yang tidak terlibat dengan acara sukan yang dipertandingkan pada hari ini telah memberikan komitmen yang baik sekali terhadap aktiviti ini.
Kami tidak menyangka yang hanya dua buah gerai sahaja yang berniaga pada hari ini iaitu Gerai GEiSTY dan Tunas Bestari. Mungkin ini hal ini disebabkan sesetengah persatuan tidak bersedia kerana aktiviti seperti ini dijalankan pada hari kemuncak sukan sahaja.
Gerai GEiSTY telah menjual tiga jenis minuman iaitu:-
ABC Goyang
Air Tembikai Laici
Air SunQuikRoss
Air yang dijual mendapat sambutan yang menggalakkan...mungkin sedap..dan air tembikai adalah air yang mula-mula habis. Air ABC Goyang telah mendapat komen daripada para peminatnya yang tersendiri iaitu agak tawar. Pihak GEiSTY berterima kasih atas komen-komen tersebut dan akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
Untuk menjayakan aktiviti ini pihak GEiSTY telah:-
Modal RM 150
Jualan RM 208
Untung RM 58
Aktiviti ini dijalankan sepenuhnya oleh pelajar dan guru hanya membantu membawa mereka membeli barang-barang untuk berniaga sahaja.
Syabas buat ahli-ahli GEiSTY yang telah membantu menjayakan aktiviti ini...
apa-apa pun...
SEmUa SoLD OUt....
Bermula pada tahun 2010 segala aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Geografi dan Sejarah SMS Sultan Iskandar (GEISTY) akan diabadikan di dalam blog ini. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat dan menjadi rujukan pada masa hadapan agar penambah baikan dapat dilakukan.